Wednesday, 11 July 2012

Hamper Raya Aidilfitri 2012

As Salam buat semua...

Sebagai persiapan awal, Aleesya Boutique menyediakan perkhidmatan menjual Hamper Raya Aidilfitri 2012.

Koleksi 2012, Aleesya Boutique menampilkan  Hamper yang berkonsep English Vintage, Classic & Modern Contemperory, Tradisional.

English Vintage Apple Green Raya Hamper

Terdapat hamper yang telah siap digubah atau ada juga ditempah mengikut kehendak hati pelanggan.
Hamper boleh ditempah mengikut bajet pelanggan. 
Pelanggan juga boleh menentukan pilihan warna yang digemari.

Velvet Lavendar Pinky Raya Hamper

English White Basket Pink + Gold Raya Hamper

Oren Bag Mengkuang Raya Hamper

Yellow Bag Mengkuang Raya Hamper

Kepada pelanggan yang berminat, bolehlah buat tempahan dan hubungi :
 HP: 017-7070781 (zety) 
atau 
email: zety76@gmail.com

Insya Allah saya akan buat yang terbaik untuk semua pelanggan yang menempah.. <3

Aleesya Boutique



Saturday, 26 May 2012

::: GO GEOUS :::

Satu-satunya suplemen di dalam dunia yang mengandungi Phytocelltec immunomax iaitu stem cell epal, stem cell anggur & CM Glucan.

KEKAL MUDA & KEKAL SIHAT

Dengan mempermuda & memperbaharui sel badan anda, penampilan anda yang muda & sihat akan tampak lebih menyerlah daripada sebelumnya..

~ Kulit lebih anjal & halus & mencerahkan kulit
~ Kelihatan 10 tahun lebih muda dari usia sebenar, u will look gorgeous!
~ Merangsang sistem imun badan
~ Lebih bertenaga serta sentiasa cergas
~ Menguatkan otot jantung, wajah & faraj
~ Menstabil & mengekalkan tahap kolesterol yang baik
~ Meningkatkan pembentukan protein.

Itulah janji Go Geous!




Jom sama-sama rasai GO GEOUS!

Jangan ragu-ragu untuk meminumnya kerana ianya 100% HALAL!!!!

Minum 1 sachet setiap  hari, hasilnya u look GO GEOUS setiap hari.....!

Jom! Dapatkan di Aleesya Boutique sekarang!
HUBUNGI: Puan Zety @ 017-7070781 atau emailkan ke zety76@gmail.com.

Wednesday, 23 May 2012

Kisah Ayat Kursi

Kisah Ayat Kursi


Dari Abu Hurairah, dia berkata, Aku ditugaskan Rasulullah saw. untuk menjaga hasil zakat pada bulan Ramadhan. Tiba-tiba datanglah seseorang kepadaku dan mengambil sedikit dari zakat itu. Maka aku menangkapnya seraya berkata, 'Kamu akan ku adukan kepada Rasulullah.' Orang itu berkata, 'Lepaskan aku, sesungguhnya aku orang miskin dan ada ramai anak.' Maka aku pun epaskannya. Pada keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang dilakukan oleh tawanan mu semalam ?' Aku menjawab, 'Ya Rasulullah, dia mengadukan kemiskinannya dan keluarganya yang banyak, maka aku kasihan dan aku membebaskannya.'

Nabi bersabda, 'Sesungguhnya orang itu berdusta kepadamu dan dia akan kembali.' Saya sedar bahwa orang itu akan kembali kerana Rasulullah saw. mengatakannya. Maka aku pun mengintipnya. Ternyata dia datang untuk mengambil makanan. Maka aku menangkapnya lagi seraya berkata, 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah saw.' Dia berkata, 'Lepaskanlah aku, sesungguhnya aku sangat susah dan punya keluarga yang banyak, aku tidak akan datang lagi selepas ini.' Maka aku pun merasa kasihan dan membebaskannya lagi. Keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang telah dilakukan tawananmu kelmarin?' Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia mengadukan kemiskinan dan jumlah keluarganya yang banyak, maka aku pun jatuh kasihan dan membebaskannya lagi.'

Nabi bersabda, 'Sesungguhnya dia berdusta kepadamu dan dia akan datang lagi.' Maka pada yang ketiga kalinya aku mengintipnya. Dia datang mengambil makanan. Segera aku menangkapnya seraya berkata: 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah Ini adalah yang ketiga kalinya. Kamu mengatakan bahwa kamu tidak akan kembali lagi, namun nyatanya kembali lagi.'

Dia berkata, 'Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimat yang dengannya kamu akan beroleh manfaat dari Allah.' Saya bertanya: 'Kalimat apakah itu?' Dia berkata: 'Apabila kamu hendak tidur, maka bacalah ayat kursi. 'Maka Allah akan sentiasa menurunkan pelindung bagimu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi.'Maka aku pun membebaskannya.

Keesokan hari, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Apa yang telah dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia telah mengajariku beberapa kalimat yang dengannya Allah akan memberiku manfaat, maka aku pun melepaskannya.' Bagindau bertanya, 'Kalimat apakah itu?' Saya menjawab, 'Dia berkata kepadaku, 'Apabila kamu akan tidur, maka bacalah ayat kursi.' Dia berkata kepadaku, 'Allah akan sentiasa menurunkan pelindung bagimu dan syaitan tidak akan mendekati mu hingga pagi.'

Maka Nabi saw. bersabda, 'Dia telah berkata benar kepadamu, walaupun sebenarnya dia adalah pendusta. Hai Abu Hurairah, tahukah dengan siapa kamu berbicara selama tiga malam itu?' Saya menjawab tidak. Nabi bersabda, 'Dia adalah syaitan.'" (HR Bukhari)

Friday, 18 May 2012

Puding Roti Karamel

Salam buat semua ... Last time kita belajar buat puding karamel. So today, kita berkongsi pulak bagaimana nak masak Puding Roti Karamel. Resipi ni lebih kurang camana nak masak puding karamel. Joms...



RESEPI PUDING ROTI KARAMEL

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)


Cara-cara
Cara membuat gula hangus:
masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.

Panaskan pengukus. Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - Ada sesetengah orang hanya mengambil masa 30min shj...Selamat Mencuba!


~Aleesya Boutique

FADHILAT MEMBACA SURAH AL-KAHFI PADA HARI JUMAAT

Soal : Adakah kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari jumat ? :
Jawab : Al-Qur`an adalah kitab suci umat islam yang memiliki kelebihan dari seluruh kitab-kitab yang lain sebelumnya, membaca Al-Qur`an diniliai suatu ibadah yang besar walaupun orang tersebut tidak memahaminya, diantara surah-surah yang memiliki kelebihan dan keistimewaan dalam membacanya adalah surah Al-Kahfi, demikian juga surah Al-Kahfi memiliki kelebihan dan keistimewaan jika dibaca pada hari Jum`at.

Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki seratus sepuluh ayat, begitu banyak hadits-hadits yang telah menceritakan kelebihan surah ini, sebahagian hadits yang datang dari Rasulullah
SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari didalam kitab Shahihnya :
قال البخاري : حدثنا عمرو بن خالد : حدثنا زهير : حدثنا أبو إسحاق،عن البراء قال : كان رجل يقرأ الكهف وإلى جانبه حصان مربوط بشطنين، فتغشته سحابة فجعلت تدنو وتدنو، وجعل فرسه ينفر، فلما أصبح أتى النبي صلى الله عليه وسلم قذكر ذلك له، فقال : تلك السكينة تنزلت بالقرآن. صحيح البخاري كتاب فضائل القرآن، باب فضل الكهف، ص : 898 ، ط : دار السلام للنشر والتوزيع، الرياض

Artinya : Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898 .

قال البيهقي : أخبرنا محمد بن عبد الله الحاقظ، أنبأنا أبو بكر محمد بن المؤمل، ثنا الفضل بن محمد الشعراني، ثنا نعيم بن حماد، ثنا هشيم أنبأنا أبو هاشم عن أبي مجلز، عن قيس بن عباد، عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاءله من النور ما بين الجمعتين. رواه البيهقي في السنن الكبرى في كتاب الجمعة، باب ماسؤمر به في ليلة الجمعة ويومها من كثرة الصلاة على رسول الله وقراءة سورة الكهف وغيرها ؟، مجلد 4، ص : 530 ط : دار الفكر

ِArtinya : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Mkan Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang brikutnya. ( H.R Baihaqi)


قال الحاكم : عن أبي بكر بن المؤمل: حدثنا الفضل بن محمد الشعراني، حدثنا نعيم بن حماد، حدثنا هشيم،حدثنا أبو هاشم، عن أبي مجلز عن قيس بن عباد ، عن أبي سعيد، عن النبي صلى الله عليه وسلم، أنه قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاء له من النور ما بينه وبين الجمعتين، ثم قال : هذا الحديث صحيح الإسناد، ولم يخرجاه

Artinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali jum`at. ( H.R Hakim didalam Mustadrak)

قال السيوطي في الجامع الصغير : عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف يوم الحمعة أضاءله النور ما بينه وبين البيت العتيق ( هب ) عن أبي سعيد، ورمزه بالحسن
Artinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantaranya dan Bait `Atiq.

Ini sebahagian hadits yang menceritakan tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi.

marilah bersama-sama menghidupkan salah satu sunnah rasulullah ini.jom baca,harinikan hari JUMAAT

~ sekadar berkongsi...semoga kita sama2 mendapat keberkatan daripada Allah swt ~ Aleesya Boutique.



Sunday, 13 May 2012

Sambutan Hari Ibu ~

Hari ini, 13 May 2012 ramai yang menyambut & meraikan hari ibu...

Ada yang membawa ibu & family outing makan2, menghadiahkan ibu dgn sesuatu yg istimewa, meraikan 1 hari dlm setahun untuk ibu dengan penuh bermakna..membelikan ibu kek istimewa.. n ibu akan merasa diri dihargai pd tarikh istimewa ini yg ditujukan khas untuk seluruh ibu di dunia...

Di sebalik semua ini, ada juga yg memperkatakan sambutan hari ibu tidak boleh & haram dilakukan....mari kita sama2 hayati penjelasan dari mufti kerajaan negeri selangor berkaitan isu tsb...sekadar berkongsi info:


SAMBUTAN YANG DI ANJURKAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

1. Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir.

2. Sambutan yang baik adalah dengan cara mengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah.

3. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.

4. Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.

5. Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga.

6. Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat, dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul.

7. Setiap ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak.

8. Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka.

9. Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini.

10. Didikan agama yang sempurna adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.

PENUTUP

Harus diingat, mengamal dan mengikut budaya asing, terutamanya dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran kerana perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak bahkan keimanan dan akidah, serta menjatuhkan maruah agama Islam itu sendiri.

Umat Islam diseru agar tidak sesekali meniru budaya asing yang ternyata bercanggah apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan. Adalah diharapkan semoga dengan adanya garis panduan seperti ini akan dapat membantu umat Islam bagaimana untuk meraikan sambutan Hari Ibu, Hari Bapa dan yang seumpamanya menurut perspektif Islam yang sebenar.

Disediakan oleh:
Jabatan Mufti Negeri Selangor


sedikit info untuk dikongsi dr Aleesya Boutique

Kad Undangan

termasuklah koleksi yang ini...kaler hitam pun ada.....hitam itu menawan!

material:
~ pearl metallic card 230g
~ Available in several colors
~2 fold
~ Card's cover in hotstamping printed
~ Artwork + Plan Lokasi + Envelop (FREE)

Putih salju....sesuci embun pagi...



Harga:

1000pc : RM1.00

500pc : RM1.20

bentuk HATI LUV pun ada .....sweet jerrr....!

Setiap tempahan 500pc ke atas akan diberikan tag terima kasih atau poster pengantin PERCUMA.

Penghantaran boleh dibuat ke seluruh Msia, Brunei & S'pore.

~ Hanya di Aleesya Boutique....Bakal pengantin, Grab it now!!!