Wednesday, 11 July 2012

Hamper Raya Aidilfitri 2012

As Salam buat semua...

Sebagai persiapan awal, Aleesya Boutique menyediakan perkhidmatan menjual Hamper Raya Aidilfitri 2012.

Koleksi 2012, Aleesya Boutique menampilkan  Hamper yang berkonsep English Vintage, Classic & Modern Contemperory, Tradisional.

English Vintage Apple Green Raya Hamper

Terdapat hamper yang telah siap digubah atau ada juga ditempah mengikut kehendak hati pelanggan.
Hamper boleh ditempah mengikut bajet pelanggan. 
Pelanggan juga boleh menentukan pilihan warna yang digemari.

Velvet Lavendar Pinky Raya Hamper

English White Basket Pink + Gold Raya Hamper

Oren Bag Mengkuang Raya Hamper

Yellow Bag Mengkuang Raya Hamper

Kepada pelanggan yang berminat, bolehlah buat tempahan dan hubungi :
 HP: 017-7070781 (zety) 
atau 
email: zety76@gmail.com

Insya Allah saya akan buat yang terbaik untuk semua pelanggan yang menempah.. <3

Aleesya Boutique



Saturday, 26 May 2012

::: GO GEOUS :::

Satu-satunya suplemen di dalam dunia yang mengandungi Phytocelltec immunomax iaitu stem cell epal, stem cell anggur & CM Glucan.

KEKAL MUDA & KEKAL SIHAT

Dengan mempermuda & memperbaharui sel badan anda, penampilan anda yang muda & sihat akan tampak lebih menyerlah daripada sebelumnya..

~ Kulit lebih anjal & halus & mencerahkan kulit
~ Kelihatan 10 tahun lebih muda dari usia sebenar, u will look gorgeous!
~ Merangsang sistem imun badan
~ Lebih bertenaga serta sentiasa cergas
~ Menguatkan otot jantung, wajah & faraj
~ Menstabil & mengekalkan tahap kolesterol yang baik
~ Meningkatkan pembentukan protein.

Itulah janji Go Geous!




Jom sama-sama rasai GO GEOUS!

Jangan ragu-ragu untuk meminumnya kerana ianya 100% HALAL!!!!

Minum 1 sachet setiap  hari, hasilnya u look GO GEOUS setiap hari.....!

Jom! Dapatkan di Aleesya Boutique sekarang!
HUBUNGI: Puan Zety @ 017-7070781 atau emailkan ke zety76@gmail.com.

Wednesday, 23 May 2012

Kisah Ayat Kursi

Kisah Ayat Kursi


Dari Abu Hurairah, dia berkata, Aku ditugaskan Rasulullah saw. untuk menjaga hasil zakat pada bulan Ramadhan. Tiba-tiba datanglah seseorang kepadaku dan mengambil sedikit dari zakat itu. Maka aku menangkapnya seraya berkata, 'Kamu akan ku adukan kepada Rasulullah.' Orang itu berkata, 'Lepaskan aku, sesungguhnya aku orang miskin dan ada ramai anak.' Maka aku pun epaskannya. Pada keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang dilakukan oleh tawanan mu semalam ?' Aku menjawab, 'Ya Rasulullah, dia mengadukan kemiskinannya dan keluarganya yang banyak, maka aku kasihan dan aku membebaskannya.'

Nabi bersabda, 'Sesungguhnya orang itu berdusta kepadamu dan dia akan kembali.' Saya sedar bahwa orang itu akan kembali kerana Rasulullah saw. mengatakannya. Maka aku pun mengintipnya. Ternyata dia datang untuk mengambil makanan. Maka aku menangkapnya lagi seraya berkata, 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah saw.' Dia berkata, 'Lepaskanlah aku, sesungguhnya aku sangat susah dan punya keluarga yang banyak, aku tidak akan datang lagi selepas ini.' Maka aku pun merasa kasihan dan membebaskannya lagi. Keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang telah dilakukan tawananmu kelmarin?' Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia mengadukan kemiskinan dan jumlah keluarganya yang banyak, maka aku pun jatuh kasihan dan membebaskannya lagi.'

Nabi bersabda, 'Sesungguhnya dia berdusta kepadamu dan dia akan datang lagi.' Maka pada yang ketiga kalinya aku mengintipnya. Dia datang mengambil makanan. Segera aku menangkapnya seraya berkata: 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah Ini adalah yang ketiga kalinya. Kamu mengatakan bahwa kamu tidak akan kembali lagi, namun nyatanya kembali lagi.'

Dia berkata, 'Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimat yang dengannya kamu akan beroleh manfaat dari Allah.' Saya bertanya: 'Kalimat apakah itu?' Dia berkata: 'Apabila kamu hendak tidur, maka bacalah ayat kursi. 'Maka Allah akan sentiasa menurunkan pelindung bagimu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi.'Maka aku pun membebaskannya.

Keesokan hari, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Apa yang telah dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia telah mengajariku beberapa kalimat yang dengannya Allah akan memberiku manfaat, maka aku pun melepaskannya.' Bagindau bertanya, 'Kalimat apakah itu?' Saya menjawab, 'Dia berkata kepadaku, 'Apabila kamu akan tidur, maka bacalah ayat kursi.' Dia berkata kepadaku, 'Allah akan sentiasa menurunkan pelindung bagimu dan syaitan tidak akan mendekati mu hingga pagi.'

Maka Nabi saw. bersabda, 'Dia telah berkata benar kepadamu, walaupun sebenarnya dia adalah pendusta. Hai Abu Hurairah, tahukah dengan siapa kamu berbicara selama tiga malam itu?' Saya menjawab tidak. Nabi bersabda, 'Dia adalah syaitan.'" (HR Bukhari)

Friday, 18 May 2012

Puding Roti Karamel

Salam buat semua ... Last time kita belajar buat puding karamel. So today, kita berkongsi pulak bagaimana nak masak Puding Roti Karamel. Resipi ni lebih kurang camana nak masak puding karamel. Joms...



RESEPI PUDING ROTI KARAMEL

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)


Cara-cara
Cara membuat gula hangus:
masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.

Panaskan pengukus. Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - Ada sesetengah orang hanya mengambil masa 30min shj...Selamat Mencuba!


~Aleesya Boutique

FADHILAT MEMBACA SURAH AL-KAHFI PADA HARI JUMAAT

Soal : Adakah kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari jumat ? :
Jawab : Al-Qur`an adalah kitab suci umat islam yang memiliki kelebihan dari seluruh kitab-kitab yang lain sebelumnya, membaca Al-Qur`an diniliai suatu ibadah yang besar walaupun orang tersebut tidak memahaminya, diantara surah-surah yang memiliki kelebihan dan keistimewaan dalam membacanya adalah surah Al-Kahfi, demikian juga surah Al-Kahfi memiliki kelebihan dan keistimewaan jika dibaca pada hari Jum`at.

Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki seratus sepuluh ayat, begitu banyak hadits-hadits yang telah menceritakan kelebihan surah ini, sebahagian hadits yang datang dari Rasulullah
SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari didalam kitab Shahihnya :
قال البخاري : حدثنا عمرو بن خالد : حدثنا زهير : حدثنا أبو إسحاق،عن البراء قال : كان رجل يقرأ الكهف وإلى جانبه حصان مربوط بشطنين، فتغشته سحابة فجعلت تدنو وتدنو، وجعل فرسه ينفر، فلما أصبح أتى النبي صلى الله عليه وسلم قذكر ذلك له، فقال : تلك السكينة تنزلت بالقرآن. صحيح البخاري كتاب فضائل القرآن، باب فضل الكهف، ص : 898 ، ط : دار السلام للنشر والتوزيع، الرياض

Artinya : Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898 .

قال البيهقي : أخبرنا محمد بن عبد الله الحاقظ، أنبأنا أبو بكر محمد بن المؤمل، ثنا الفضل بن محمد الشعراني، ثنا نعيم بن حماد، ثنا هشيم أنبأنا أبو هاشم عن أبي مجلز، عن قيس بن عباد، عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاءله من النور ما بين الجمعتين. رواه البيهقي في السنن الكبرى في كتاب الجمعة، باب ماسؤمر به في ليلة الجمعة ويومها من كثرة الصلاة على رسول الله وقراءة سورة الكهف وغيرها ؟، مجلد 4، ص : 530 ط : دار الفكر

ِArtinya : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Mkan Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang brikutnya. ( H.R Baihaqi)


قال الحاكم : عن أبي بكر بن المؤمل: حدثنا الفضل بن محمد الشعراني، حدثنا نعيم بن حماد، حدثنا هشيم،حدثنا أبو هاشم، عن أبي مجلز عن قيس بن عباد ، عن أبي سعيد، عن النبي صلى الله عليه وسلم، أنه قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاء له من النور ما بينه وبين الجمعتين، ثم قال : هذا الحديث صحيح الإسناد، ولم يخرجاه

Artinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali jum`at. ( H.R Hakim didalam Mustadrak)

قال السيوطي في الجامع الصغير : عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف يوم الحمعة أضاءله النور ما بينه وبين البيت العتيق ( هب ) عن أبي سعيد، ورمزه بالحسن
Artinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantaranya dan Bait `Atiq.

Ini sebahagian hadits yang menceritakan tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi.

marilah bersama-sama menghidupkan salah satu sunnah rasulullah ini.jom baca,harinikan hari JUMAAT

~ sekadar berkongsi...semoga kita sama2 mendapat keberkatan daripada Allah swt ~ Aleesya Boutique.



Sunday, 13 May 2012

Sambutan Hari Ibu ~

Hari ini, 13 May 2012 ramai yang menyambut & meraikan hari ibu...

Ada yang membawa ibu & family outing makan2, menghadiahkan ibu dgn sesuatu yg istimewa, meraikan 1 hari dlm setahun untuk ibu dengan penuh bermakna..membelikan ibu kek istimewa.. n ibu akan merasa diri dihargai pd tarikh istimewa ini yg ditujukan khas untuk seluruh ibu di dunia...

Di sebalik semua ini, ada juga yg memperkatakan sambutan hari ibu tidak boleh & haram dilakukan....mari kita sama2 hayati penjelasan dari mufti kerajaan negeri selangor berkaitan isu tsb...sekadar berkongsi info:


SAMBUTAN YANG DI ANJURKAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

1. Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir.

2. Sambutan yang baik adalah dengan cara mengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah.

3. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.

4. Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.

5. Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga.

6. Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat, dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul.

7. Setiap ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak.

8. Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka.

9. Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini.

10. Didikan agama yang sempurna adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.

PENUTUP

Harus diingat, mengamal dan mengikut budaya asing, terutamanya dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran kerana perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak bahkan keimanan dan akidah, serta menjatuhkan maruah agama Islam itu sendiri.

Umat Islam diseru agar tidak sesekali meniru budaya asing yang ternyata bercanggah apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan. Adalah diharapkan semoga dengan adanya garis panduan seperti ini akan dapat membantu umat Islam bagaimana untuk meraikan sambutan Hari Ibu, Hari Bapa dan yang seumpamanya menurut perspektif Islam yang sebenar.

Disediakan oleh:
Jabatan Mufti Negeri Selangor


sedikit info untuk dikongsi dr Aleesya Boutique

Kad Undangan

termasuklah koleksi yang ini...kaler hitam pun ada.....hitam itu menawan!

material:
~ pearl metallic card 230g
~ Available in several colors
~2 fold
~ Card's cover in hotstamping printed
~ Artwork + Plan Lokasi + Envelop (FREE)

Putih salju....sesuci embun pagi...



Harga:

1000pc : RM1.00

500pc : RM1.20

bentuk HATI LUV pun ada .....sweet jerrr....!

Setiap tempahan 500pc ke atas akan diberikan tag terima kasih atau poster pengantin PERCUMA.

Penghantaran boleh dibuat ke seluruh Msia, Brunei & S'pore.

~ Hanya di Aleesya Boutique....Bakal pengantin, Grab it now!!!

Kad Undangan

Ini adalah antara koleksi kad undangan dari Aleesya Boutique:

Tempahan boleh dibuat 3 bulan sebelum majlis.

Penghantaran ke seluruh Semenanjung M'sia, Sabah & S'wak, Brunei & S'pore.

Harga:

1000pc: RM 1.00 

500pc: RM 1.20 

FREE:
Artwork + Plan Lokasi + Envelop

Furnishing:
~  Material: Pearl Card 230g
~  2 fold
~  Available in several colors
~  Card's cover in hot stamping printed
~ Cream Envelop
Setiap tempahan kad 500 pc ke atas akan diberi 
Terima Kasih 200pc @ Banting/Poster Pengantin saiz 2x3 (1pc) dengan PERCUMA.


Friday, 11 May 2012

  • PUDING CARAMEL YG COMEL & SEDAP..
  • Kawan2 mesti suka makan puding caramel kan...so, di sini saya nk share resipi puding caramel untuk kita berkongsi bersama2, so rajin2lah diri ke dapur untuk mencubanya..
  • Bahan2nya:
  • 7 biji telur
  • 3+1 senduk gula
  • 1.8 liter susu segar (brand Goodday utk rasa lemak, brand HL utk kurang lemak)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/5 sudu teh garam
  • daun pandan / 1 sudu teh esen pandan

Cara-cara:

  1. Panaskan susu segar yang dicampurkan dengan gula 1 senduk utk kira-kira 4 minit. Campuran ini hendaklah selalu dikacau untuk elak kewujudan selaput. dekat2 mendidih, tutup api dan campurkan garam, vanilla, pandan.
  2. Di dalam bekas yang berbeza, pecahkan telur dan kacau. Kacau dengan perlahan dan sedikit demi sedikit, masukkan telur ke dalam campuran (1). (kalau masuk serentak, nanti telur akan masak berketul macam telur hancur/scrambled egg). Ketepikan
  3. Di dalam kuali / periuk, panaskan gula 3 senduk gula (jangan letak air). lama - kelamaan, gula ini akan cair dan berwarna keperangan yg manis. Sekiranya terlalu lama, ia akan jadi perang gelap yg pahit.
  4. Tuangkan air gula perang di dalam bekas/ talam. ia akan menjadi dasar puding caramel. Kemudian, tuangkan bancuhan (2), ke dalam bekas / talam ini.
  5. Imag0125
     Stim kan untuk 20 minit, tutup api, biarkan pada suhu bilik. bila dah tak panas, masukkan ke dalam peti sejuk. Esok atau bila dah rasa tak sabar sgt nak makan... makanlah dengan penuh FEEL....yummy yummy yummy!!! :D
Selamat Menjamu Selera... ~
Setiap hari adalah "MOTHER'S DAY"...!!!!

Rata2 bila melangkah ke bulan MAY je ramai memperkatakan ttg sambutan hari ibu. Bg saya, setiap hari adalah hari, setiap saat kita mesti mengingati ibu.

"Tidak ada sutera yang begitu lembut seperti belaian seorang ibu..Tidak ada tempat yang paling nyaman selain pangkuan seorang ibu..Tidak ada bunga yg lebih cantik selain senyuman ikhlasnya..Tidak ada jalan yg begitu berbunga2 seperti yg dicetak dgn langkah kaki ibu..


sbb ibu adalah alasan kenapa aku ada..."

Keajaiban dlm hidup adalah terlahir dr rahim ibu, kerana dia ialah seorang wanita yg tlh memberi erti cinta & pengorbanan sejati...

Sesungguhnya, sy amat bersyukur bila dapat merasai kesakitan dan dpt melihat setiap hari2 yg dilalui bersama2 5 cahayamata sy. Anugerah yg tak ternilai buat saya sepanjang bergelar seorang ibu...Betapa susah & perit kita melahirkan begitulah kesakitan yg dialami oleh ibu kita sewaktu melahirkan kita...Berbanggalah dan berbaktilah kepada IBU anda semua selagi hayatnya masih ada...

Kepada seluruh ibu di dunia...Hargailah jasa & pengorbanan IBU kalian...sy juga sayang ibu sy!

"A mother's love for her children is like nothing else in the world ♥ "
MAY...macam2 perayaan ada!

Sempena bulan MAY, Aleesya Boutique ingin menawarkan offer HEBAT kepada para usahawan untuk menempah NAME CARD / BUSINESS KAD.

Harga runcit biasa yang kami offer kepada customer ialah RM220 untuk kuantiti 1000 keping.

Sekarang Aleesya Boutique cuma menawarkan CRAZY SALE RM150 shj untuk kuantiti 1000 keping dan memberi 200 keping lagi FREE. So u all dapat 1200 keping kad nama dengan harga RM150 SHJ. Murah kan? So grab it now!!!!

Furnishing Name Card / Business Cards:
~ Quality Printed
~ Material UV double sided kalis air
~ Full Colors double sided
~ Boleh masukkan logo / gambar



Kepada yg berminat bolehlah email sebarang pertanyaan atau details : marinacards@gmail.com

Penghantaran akan dibuat ke seluruh Malaysia, Sabah & S'wak serta Brunei & S'pore.

Jangan Lepaskan Peluang HARGA MURAH dari Aleesya Boutique!
Alhamdulillah ...syukur ke hadrat Illahi kerana masih dipanjangkan usia.

Hari ini Jumaat, 11 May 2012. Semoga sepanjang hari ini Allah memberkati setiap amalan serta niat kita.

Apa yang ingin saya kongsikan pada hari ini ialah:

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)

Semoga Allah memberkati segala amalan kita semua sebagai hamba dan umat Rasulullah SAW. Insya Allah!

Thursday, 10 May 2012

Assalamualaikum wbt...


Ini merupakan coretan pertama saya sbg salah seorang blogger di antara ramai lg blogger yg expert di luar sana. Ini juga merupakan percubaan pertama saya sebagai blogger yg diibaratkan spt "budak baru belajar". 


Di sini sekadar ingin berkongsi pengalaman mencipta blog pertama..wahhhh sungguh mencabar minda dan kesabaran saya. Dahla create blog tgh2 malam buta...nasib baik dotter sy Natasya baru berumo 9 tahun yg byk  membantu saya untuk create blog yg simple ini.


Kadang2 ilmu anak jgn diperlekehkan walau masih berusia 9 tahun sebab dlm minda dia ada ilmu yg mengatasi kudrat ilmu yg mummy dia ada...hehehehhhh...tq kakak!


Sekarang saya ditemani anak lelaki kedua saya yg handsome, farihin berusia 11 tahun. Dia tekun menemani saya. Tq payin!


Saya harap percubaan pertama ini akan menjadi rentetan untuk saya berkarya (cewahhhhh)... bagi seterusnya.


InsyaAllah banyak lagi akan saya kongsikan dengan readers semua. Semoga kalian support setiap usaha yang saya lakukan di blog ini.


Wassalam wbt.


"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".... <3