Friday, 11 May 2012

  • PUDING CARAMEL YG COMEL & SEDAP..
  • Kawan2 mesti suka makan puding caramel kan...so, di sini saya nk share resipi puding caramel untuk kita berkongsi bersama2, so rajin2lah diri ke dapur untuk mencubanya..
  • Bahan2nya:
  • 7 biji telur
  • 3+1 senduk gula
  • 1.8 liter susu segar (brand Goodday utk rasa lemak, brand HL utk kurang lemak)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/5 sudu teh garam
  • daun pandan / 1 sudu teh esen pandan

Cara-cara:

  1. Panaskan susu segar yang dicampurkan dengan gula 1 senduk utk kira-kira 4 minit. Campuran ini hendaklah selalu dikacau untuk elak kewujudan selaput. dekat2 mendidih, tutup api dan campurkan garam, vanilla, pandan.
  2. Di dalam bekas yang berbeza, pecahkan telur dan kacau. Kacau dengan perlahan dan sedikit demi sedikit, masukkan telur ke dalam campuran (1). (kalau masuk serentak, nanti telur akan masak berketul macam telur hancur/scrambled egg). Ketepikan
  3. Di dalam kuali / periuk, panaskan gula 3 senduk gula (jangan letak air). lama - kelamaan, gula ini akan cair dan berwarna keperangan yg manis. Sekiranya terlalu lama, ia akan jadi perang gelap yg pahit.
  4. Tuangkan air gula perang di dalam bekas/ talam. ia akan menjadi dasar puding caramel. Kemudian, tuangkan bancuhan (2), ke dalam bekas / talam ini.
  5. Imag0125
     Stim kan untuk 20 minit, tutup api, biarkan pada suhu bilik. bila dah tak panas, masukkan ke dalam peti sejuk. Esok atau bila dah rasa tak sabar sgt nak makan... makanlah dengan penuh FEEL....yummy yummy yummy!!! :D
Selamat Menjamu Selera... ~

2 comments:

  1. Sedapnya puding caramel....nnti buatkan utk b boleh?=D

    ReplyDelete
  2. boleh jerrr....tp xtau la jd ke x. huhuuuuu

    ReplyDelete